Sunday, January 25, 2009

Wedding Preparation Checklist

Anggaran tempoh 12 bulan hingga enam bulan sebelum majlis perkahwinan
-Keluarga pihak lelaki bertandang ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan hasrat dan meminang.
-Tetapkan tarikh majlis pernikahan di masjid kariah pihak perempuan.
-Ikuti kursus perkahwinan dan dapatkan sijil.
-Mendaftar di pejabat kadi.
-Teliti bajet perbelanjaan dan nilai keseluruhan kos.
-Kurangkan belanja harian, usah boros dan mula menabung.
-Kurangkan aktiviti sosial.

Anggaran tempoh lima bulan sebelum majlis perkahwinan.
-Pastikan carta kewangan dan aliran keluar serta masuk wang pada landasan betul.
-Mula menempah jurugambar, juru audio, meneliti pusat andaman terbaik dan memilih lokasi persandingan.
-Jangan lupa mulakan program kesihatan dan diet seimbang.
-Mula membeli barangan hantaran satu persatu.

Anggaran tempoh empat bulan sebelum majlis perkahwinan.
-Sudah menempah mak andam.
-Sudah bersedia menempah kad undangan.
-Sudah memilih lokasi persandingan.
-Merancang belanja berhemah mengikut sumber kewangan yang ada.
-Menyenaraikan tetamu undangan.
-Menyemak senarai harga katering.

Anggaran tempoh tiga bulan sebelum majlis perkahwinan.
-Semak kad undangan perkahwinan dan pastikan tiada maklumat salah.
-Sudah memilih konsep untuk pelamin, gubahan hantaran perkahwinan.
-Memilih cincin dan persalinan persandingan.
-Menempah pakaian untuk acara akad nikah dan persandingan termasuk persalinan pengapit dan ahli keluarga.
-Menempah kumpulan kompang, audio visual dan katering. Anggaran dua bulan sebelum majlis perkahwinan.
-Semak dengan semua pihak yang akan terbabit dengan majlis perkahwinan.
-Susun semula kedudukan kewangan pada saat akhir.
-Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah.
-Ambil kad jemputan perkahwinan yang sudah ditempah.
-Semak destinasi bulan madu pilihan.

Sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis perkahwinan.
-Hantar kad undangan perkahwinan kepada tetamu jemputan, lebih awal lebih baik.
-Lakukan urutan dan spa untuk menaikkan seri pengantin.
-Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.
-Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah. Ini penting! Menjelang detik majlis perkahwinan.
Pastikan semua perkara yang dirancang lancar.
-Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
-Pastikan kad undangan sudah dihantar kepada tetamu.
-Kumpulkan hantaran dan buat periksa tempahan pakaian - jangan nanti mak andam tersalah tarikh atau memilih parsalinan berbeza.

aku jumper artikel ni dalam online paper BH..cam bergune lak untuk aku n sesaper yang nak kawen....

pelamin anganku...cantik x?simple tp nampak suci jek kan...tp blom finalise lg...mak andam da booking tp x decide lagi nak pakai bj wane aper n pelamin aper...

No comments: