Thursday, July 19, 2012

Sinopsis Loving You Thousand Times

Last month aku ada cerita pasal aku nonton drama Korea, Loving You Thousand Times. Kali ni aku nak cite sinopsis versi suka hati aku plak. Aku cakap versi suka hati aku sebab aku tengok drama ni pun dah pertengahan jalan. So awal2 tu aku just tengok review kat internet je la. Cerita ni dah abes pun tayangannya kat channel 393. Tapi hari ni ada tayangan kat Astro Prima plak.

Kisahnya cenggini, Baek See-hoon dan Seon Yoong kawen tapi x dapat anak. So mak See-hoon, Hyang Suk mencadangkan they all guna ibu tumpang. See-hoon xtahu pada mulanya rancangan wife ngan mak dia ni. Mula2 tu Seon Yoong berlakon macam pregnant la. Tapi akhirnya kantoi gak. Anak dari ibu tumpang tu diberi nama Yoo Bin.

Then Baek Kang Ho iaitu adik kepada Baek See-hoon telah berkahwin dengan Ko Eun Nim iaitu ibu tumpang kepada Yoo Bin. Tapi masa mula-mula kahwin, semua ahli keluarga Baek tak tahu yang Ko Eun Nim adalah ibu tumpang kepada Yoo Bin.

Semasa Baek See Hoon dan Seon Yoong menghadapi masalah rumahtangga akibat daripada orang ketiga, Yoo bin menjadi rapat dengan Ko Eun Nim kerana Seon Yoong telah balik menenangkan diri di rumah ibunya. Akhirnya rahsia bahawa Ko Eun Nim adalah ibu tumpang kepada Yoo Bin terbongkar. Ko Eun Nim terpaksa menjadi ibu tumpang kerana memerlukan duit untuk mengubati penyakit ayahnya.


Baek Kang Ho tidak boleh menerima tindakan isterinya Eun Nim menjadi ibu tumpang dan ingin bercerai. Namun ternyata mereka masih saling menyayangi dan membatalkan hasrat mereka untuk bercerai. Tetapi dipaksa oleh keluarga Baek untuk bercerai dan mereka terpaksa akur dan bercerai. Baek Kang Ho juga menerima tamparan hebat apabila mengetahui bahawa Hyang Suk bukan ibu kandungnya. Kang Ho adalah anak Baek Il dengan perempuan lain dan ibu kandungnya yang sebenar telah meninggal dunia 


Hyang Suk iaitu ibu kandung kepada Baek See Hoon disahkan menghidap penyakit Alzheimer. Perwatakannya berubah menjadi seperti kanak-kanak. Semasa Hyang suk berjalan-jalan seorang diri dan hampir dilanggar kereta, Ko Eun nim telah menyelamatkan Hyang Suk. Semasa kedua-duanya dimasukkan ke hospital akibat kemalangan itu, Ko Eun Nim telah disahkan mendapat penyakit barah perut dan telah diketahui oleh Kang Ho.


Baek Kang Ho telah mencari sebuah rumah dikawasan kampung untuk membolehkan Kang Ho tinggal bersama Eun Nim untuk mengubati penyakitnya. Setelah menjalani rawatan kemoterapi dan pembedahan, akhirnya Eun Nin sembuh dari penyakit barah yang dihidapinya. 


Sekian sinopsis versi aku.    

2 comments:

Saya Ira said...

lol. Sinopsis versi awak senang giler nk faham. Haha. Thanks! Saya baru je follow drama tu kt prima. Tak tengok kt 393 :)

galaxie said...

sy pun follow jugak...tp awal2 ni slow sket jalan cite dia