Thursday, November 21, 2013

Selamat berkenalan anai-anai

Ntah kenapa tetiba boleh terajin kemas stor rumah hari sabtu lepas. Sebab stor tu kecik dan dah padat dengan barang-barang simpanan. Dalam tu ada set bufet pemberian mak dan barang-barang baby mcm baby coat, playgim, set badminton hubby dan hadiah kawen.

Masa tengah susun-susun kotak tu ternampak sesuatu yang kurang menyenangkan. Mula-mula ingatkan sarang semut, sebab x pernah tengok anai-anai ni. Then siap google gambar anai-anai dan memang sah lah sarang yang aku tengok tu sarang anai-anai. Serta-merta aku alihkan barang-barang yang dalam kotak ke luar dan buang kotak tu. Set bufet tu terus simpan dalam kabinet dapur. Terus rasa stress.bahaha

Tetiba malam tu aku call adik aku nak borak2 pasal benda lain, then tercerita la pasal anai-anai. Kebetulan rumah family husband dia pun diserang anai-anai. Diorang pernah upah syarikat untuk memusnahkan anai-anai tapi x berkesan. So husband dia nak bagi pinjam drill untuk masukkan ubat anai-anai tu sendiri. Ubat anai-anai yang cecair tu dah beli RM8.30 je uols. Murah kan? Nak panggil syarikat pest control, I is xde bajet buat masa ni.bahahaha...So kita jadi Pest Controller sendiri je la.

Since duduk rumah sendiri, aku suka belajar dan buat sendiri je kalau ada papehal. Bab-bab tukar plug dan mentol, aku serahkan pada hubby. Pastu aku suruh dia spray almari buku yang lama dari warna hitam ke warna pink. Sebab untuk bilik my gegirls, I buat tema pink gitu. Takkan la sebab nak buat tema warna pink, sume perabot kena beli baru kan. Aku cuba elakkan pembaziran. Lagipun bajet adalah terhad. Baik kita beli benda lain yang lebih penting.

Sementara nak ambil drill hujung minggu ni, aku beli umpan anai-anai dulu kat page ni http://anai-anai.atabox.com/ . Aku beli satu tiub je RM38. Nak try dulu menjadi ke x. Tetiba menyesal plak beli satu je. Rasa macam tak cukup. Semalam dah selamat letak umpan tu dibeberapa tempat. Kita tengok nanti hasilnya macam mane. Kalo berkesan, aku nak beli lagi.

3 comments:

the malay male said...

lepas ni google plak anai anai betina macam mana rupanya dan anai anai jantan macam mana rupanya.

galaxie said...

bahaha....ada perbezaan eh?

the malay male said...

entahhh... huhu