Tuesday, November 17, 2015

3 bulan

Maternity leave saya selama 3 bulan dah hampir ke penghujungnya. 1st time ambil cuti bersalin sampai 3 bulan. Bila dah terlalu lama bercuti mula lah jadi malas nak naik kerja. Sebab dah seronok bergolek-golek dengan anak. Rasa nak sambung ambil cuti tanpa gaji. Tapi disebabkan beberapa kekangan, maka ku lupakan saja niat murni tu.

Dari 2 anak kepada 3 anak.

Saya masih dalam mood menyesuaikan diri jadi ibu beranak 3. Keadaan jadi kelam kabut bila nak keluar rumah nak kena siapkan 3 heroin saya tu. Berdebar mak nak naik keje nanti nak kena siapkan anak-anak di awal pagi. My 1st daughter xde masalah sangat sebab dia dah boleh uruskan diri sendiri bila nak ke sekolah. Cuma part nak bangun pagi tu la drama sikit lagi-lagi time hujan. My 2nd daughter hampir 2 bulan tinggal dengan saya sepanjang cuti bersalin ni. Tiba-tiba pengasuh dah xnak jaga. Nasib baik masa tu saya dah hampir sebulan deliver baby so badan dah kuat nak uruskan anak-anak kat rumah. 2 bulan stay with mummy, memang dia bangun agak lambat. Kadang-kadang pukul 10 baru bangun.

Surirumah sementara
Cuti 3 bulan memberi peluang pada saya jadi surirumahtangga. Jangan ingat jadi surirumahtangga boleh relax ye. Pagi-pagi dah kena bangun buat kerja rumah. Kalo bangun lambat, memang x sempat nak siapkan semua kerja rumah. Mana nak basuh n sidai baju, lipat baju, masak, kemas toys, sapu lantai. Boleh je nak bangun lambat tapi konpem keje x siap.

Ok kena stop membebel. Ada budak da bangun mintak susu. Daa...


2 comments:

ewanthology said...

dah 3..... tahniah.

galaxie said...

Rezeki jgn di tolak. Tq