Tuesday, January 5, 2016

Jangan lupa memandang ke bawah

Semalam kecoh di news feed facebook anak-anak masuk sekolah. Terutama yang baru mula sekolah macam darjah 1 dan tadika. Aku pun tak terkecuali. Anak kedua dah masuk tadika since last week dah sebab dah start orientasi. Alhamdulillah dia ok je sebab sekolah sekali dengan kakak. Dia pun memang dah lama nak sekolah sebab tengok kakak sekolah kan. Macam mak bapak lain jugak, sibuk la kami laki bini prepare barang sekolah. Walhal anak masuk tadika je pun. haha... Mak bapak millenium kan jenis excited sikit. bahaha

Dalam duk sibuk-sibuk sediakan barang-barang sekolah anak, tetiba rasa sedih pulak dengan nasib anak-anak dari golongan yang kurang berkemampuan. Apa kata jika ada rezeki lebih, tolonglah mereka yang dekat dengan kita macam adik-beradik ke, jiran-jiran yang berhampiran rumah. Sebab aku pernah tengok mak bapak yang kelihatan sedih je bila sekolah dah mula. Mungkin dia rasa persiapan anak dia tak sempurna atau mungkin tak cukup duit nak bayar yuran.

Dulu aku pernah terdengar berita kata yuran sekolah dimansuhkan. Tapi bila nak masuk sekolah, banyak jugak yang kena bayar macam buku dan baju sekolah.

Sekian bebel hari selasa. Mak-mak memang tipikal apa-apa mesti fikir hal anak dulu. Handbag baru tolak tepi. eh...

2 comments:

ewanthology said...

bila sampai turn aina naik sekolah nanti entah brape pulak yurannya ye... ermmmm

Husna Rahman said...

sentiasa aje naik...bila ntah turunnya..