Thursday, November 3, 2011

Berakhir sudah Hui Jia De You Huo

Dari kiri - Ai Li, Hung Shi Xian, Lin Pin Ru, xtau sape haha dan last skali Gao Wen Yen




Layan cite ni since bulan 8/2011...dan berakhir 26/10/2011. Hampir 2 bulan melayan cite ni dari kul 6ptg - 7 ptg. Cite baru yang replace cite ni seb baek x best sangat kalo x, harusla melekat lagi layan drama cina ni.




Sinopsis - Lin Pin Ru anak sebuah keluarga yang sederhana telah berkahwin dengan Hung Shi Xian selama 5 tahun tanpa dikurniakan anak. Sepanjang 5 tahun Lin Pin Ru pernah keguguran akibat terjatuh semasa ingin menyelamatkan ibu mertuanya, Bai Feng dari dikasari perompak. Apabila Lin Pin Ru mengandung kali ke2, suaminya Hung Shi Xian bermain kayu tiga dengan bekas kekasihnya semasa belajar di Perancis, Ai Li. Ai Li kembali menggoda Hung Shi Xian kerana telah melahirkan anak luar nikah bersama Hung Shi Xian iaitu Shang En 5 tahun lalu namun dirahsiakan daripada pengetahuan Hung Shi Xian.



Apabila Hung Shi Xian tahu mengenai kewujudan Shang En, Shi Xian mula rapat dengan Ai Li dan ingin bercerai dengan Lin Pin Ru. Pada satu hari Shi Xian mengajak Lin Pin Ru berjumpa dan meminta Pin Ru menggugurkan kandungannya. Namun Lin Pin Ru enggan. Semasa berjumpa di jambatan di pantai, dengan tidak sengaja Pin Ru terjatuh ke dalam air dan lemas. Shi Xian cuba menyelamatkan tetapi gagal. Shi Xian ingin mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan Pin Ru namun dihalang oleh Ai Li. Ai Li adalah anak angkat kepada keluarga Pin Ru. Ibu bapanya telah meninggal dunia sejak Ai Li berumur 10 tahun. Shi Xian dan Ai Li menyangka Pin Ru telah mati lemas




Lin Pin Ru


Namun begitu, Lin Pin Ru telah diselamatkan oleh Gao Wen Yen yang sedang mencari adik angkatnya iaitu Gao Shan Shan yang bunuh diri di pantai yang sama. Lin Pin Ru telah diberi peluang kedua oleh ibu angkat Gao Wen Yen untuk meneruskan hidup atas identiti Gao Shan Shan dan mula menjalankan strategi untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya, Hung Shi Xian. Nak tau kesudahannya, kena la menonton sendiri cite ni baru la feel..hehe :-)



Gao Wen Yen dan Lin Pin Ru




Lin Yi De, Hung Bao Lian, Lin Pin Ru & Gao Wen Yen

No comments: