Thursday, November 14, 2013

UPSR oh UPSR

Hari ni kuar result UPSR. Tetiba nak mengimbau zaman aku ambil UPSR dulu tahun 1996. Kebetulan aku ada 2 orang cousin yang sebaya. So mesti sedara mara sibuk calling2 nak tau result on that day. Dan paling best antara 3 orang ni, aku je x dapat 4A. Sedih giler sebab x dapat 4A satu hal, pas tu malu la sebab aku je x dapat 4A. Tapi nasihat aku pada yang x dapat 5A untuk UPSR tahun ni, jangan berputus asa. Still ada peluang untuk lebih maju lagi dalam pelajaran. Jauh lagi perjalanan. Nak masuk sekolah menengah, pastu masuk 'U' plak.

Hari ni, kitorang 3 orang cousin yang sebaya ni masing-masing dah keje dan semuanya Alhamdulillah graduate with flying colours. Semua pun dah kawen dan ada anak. Both of them jadi cikgu. Aku je tersesat dalam bidang accounting neh. Bila balik kampung sibuk bercerita pasal anak-anak plak. Sekarang, anak2 plak sebaya. Siap la korang nanti anak2 kena compare result plak.bahaha

Thursday, July 12, 2012

Servis breastpump Spectra 3

Yeay Spectra3 breastpump sudah selamat tiba ke pangkuanku dan condition adalah baik. Risau jugak dengan keselamatan S3 ni sebab kena pos ke alamat seperti di bawah untuk servis. 

 Alamat lengkap dan nombor telefon untuk dihubungi.
 Inilah Spectra 3 milik saya yang dibeli di Modernmum RM388 tanpa diskaun ye kawan-kawan. Beli pada 19/9/2010 iaitu dua hari saya sebelum deliver my 1st baby. Masa tu mana la reti shopping online lagi. Mula-mula pakai single pump je then baru la bli breastshield kit di Baby Phoebe untuk buat double pumping. Harga RM63. Boleh refer sini.
 Pihak supplier siap tampal sticker "Jangan pusing terlalu ketat" sebagai amaran kepada pemilik breastpump.huhu
 Dulu masa guna untuk anak 1st, dia punya suction x berapa kuat. Puncanya adalah kerana susu telah memasuki ruang dalam breastpump dan gambar di atas adalah internal turbing asal dan ditukar dengan yang baru. See ada sisa-sisa susu disitu.
Kos servis adalah RM50 saja dan RM15 tu adalah untuk caj penghantaran. So total kos adalah RM80 termasuk kos hantar pun RM15 jugak.

Kesimpulannya, memang puas hati menggunakan Spectra 3 sebab memang ada wakil pengedar di Malaysia ni dan senang nak hantar servis. Setakat ni, memang setia dengan S3, kalau ada bajet lebey baru la sambar Freestyle x abeh2 berangan kan.xpe, berangan kan percuma.

Thursday, July 5, 2012

Tropical Herbs by Amway

Ni la set bersalin yang aku pakai lepas bersalinkan dak Naylie dulu. Masa tu xde knowledge sangat pasal set bersalin ni. Bila mak rekemen set Tropical Herbs dari Amway ni, tanpa banyak soal aku setuju. Harga pun sangat reasonable dalam RM200+. Ni harga ahli la. Kalo bukan ahli dalam 300+ jugak. Set barsalin ni complete dengan bengkung skali. Aku rasa semua set bersalin, content lebih kurang sama je kan. 

Untuk anak kedua, memula ingat nak bli set Tanamera sebab rasa cam best je. Tapi cam mahal sangat la pulak. Dalam RM360 kalo x silap. Setelah ditimbang tara, better stay je lah dengan Set Tropical Herbs ni. Tapi untuk anak 1st dulu xsempat nak habiskan pakai pilis dan param sebab slalu berulang alik ke hospital/ klinik sebab Naylie kena jaundis. Balance yang x abes tu still ada kat rumah. Nanti bleh pakai lagi. Penah aku rasa sakit kepala yang amat sangat, aku pakai pilis dalam setengah jam pastu trus ok.


Nak tahu lebih detail, bleh refer info ni yang aku copy dari website Amway:

Pregnancy is a very special time in a woman's life. Eating well and keeping fit and relaxed are very important as she's supplying the nutritional needs of her developing baby. Post natal care after delivery is just as important because the new mother needs to regain her energy and vitality, as well as care for her new born. In most Asian cultures, the confinement period is a time when the new mothers are nursed back to health, usually with a combination of specially selected foods, herbs and other traditional practices.
  • Tropical Herbs Post Natal Care is a complete herbal solution to help new mother regain her physique, internally and externally, quickly and conveniently.
  • This comprehensive system has 10 herbal components used over a period of 44 days for the complete care and recovery of new mothers after childbirth. Includes a FREE Post Natal Abdominal Binder with every purchase of the set
  • They are tropical formulations that contain herbs that have been used traditionally by the Chinese, Indians, and Malays to aid in the new mother's recovery during confinement.
    For oral consumption:
    Herbal Tea, After Birth 1 and After Birth 2)
    For External Use:
    Herbal Douche, Herbal Bath, Herbal Massage Oil, Baby Oil, Firming Herbal Blend, Warming Herbal Blend, and Calming Herbal Blend. 
    Features and Benefits
  • Complete and convenient. Offers a convenient solution. Everything you need is in this pack. Minimal preparation required as all the products are pre-measured and ready for use.
  • Proven efficacy. The herbs used have been traditionally time-tested and scientifically proven efficacy.
  • Standardised herbs.Uses of standardised herbal extract of active ingredients for quality and consistency of the formulation.
  • No artificial colours, flavours, or preservatives added.
  • Vegetable capsules used. The oils used are plant-based.These products are suitable for vegetarians and those with religious restrictions.
  • Reputable herbal manufacturer With years of experience in production of herbal-based products, the company fulfills the Biro Pengawalan Farmasuetikal Kebangsaan/Drug Control Authority (BPFK/DCA) criteria for Good Manufacturing Practices (GMP).
Sumber : Amway

Thursday, June 21, 2012

Loving You a Thousand Times

Hamek kau dah terlayan cite korea ni. Hubby la punye pasal gi subscribe Astro beyond.  Tp at least ade la cite aku nak layan malam2. Banyak cite best kat channel 393. Dah la gamba cantik u all tambah plak pelakon cun2.huhu


Meh layan sinopsis yg aku gugel:
Baek Sae Hoon and his wife, Lee Sun Young, desperately try to conceive a child but are unsuccessful. Sae Hoon's mother goes to Sun Young and asks that she consider surrogacy as a way of conceiving a child without Sae Hoon's knowledge. This is where Go Eun Nim comes in. She is their surrogate mother carrying their child but things become complicated when she later falls in love with Sae Hoon's younger brother, Kang Ho.


Untuk kisah selanjutnye, jom layan kat channel 393. sekian

Friday, November 25, 2011

Pneumokokal membawa maut

MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya. Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneu- mokokal atau tidak mahu memberi-kan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini.


Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada kehadiran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus).Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius.

Bakteria itu menyebabkan jangkitan invasif termasuk


  • bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria dalam darah),

  • meningitis (radang membran yang menyelaputi saraf tunjang dan otak),

  • pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Tahukah anda bahawa penyakit pneumokokal merupakan punca utama kesakitan dan kematian kanak-kanak di seluruh dunia? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit pneumokokal mengakibatkan sehingga satu juta kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun di seluruh dunia. Ia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding penyakit AIDS, malaria dan campak secara bergabung. “Lebih separuh daripada kejadian dan kematian akibat penyakit pneu- mokokal berlaku di rantau Asia Pasifik yang merangkumi 28 peratus daripada kematian berkaitan pneumokokus global.
“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai tentang cara melindungi kanak-kanak daripada penyakit pneumokokal kerana kesan penyakit ini adalah amat buruk tetapi sebenarnya boleh dielakkan,” kata Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin. Tambahnya, kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia.

Di Asia sahaja, hampir seorang kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia setiap dua minit akibat penyakit pneumokokal. Menurut WHO, penyakit pneumoko- kal adalah punca kematian yang boleh dicegah dengan vaksin dan imunisasi boleh dianggap sebagai cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian. Dr. Musa yang juga Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencega- han Penyakit Pneumokokal (ASAP) turut menceritakan pengalamannya berdepan dengan beberapa kes meli- batkan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut. “Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun datang dengan batuk yang berlarutan selama tiga minggu, demam panas, tidak memberikan respons terhadap antibiotik. Di hospi- tal, keadaannya lemah, nafasnya laju dan dada berombak. “X-ray menunjukkan paru-parunya penuh dengan cecair. Apabila dikeluarkan cecair itu kita dapati bakteria pneumokokus di dalamnya. X-ray mendapati paru-parunya mengalami kerosakan yang teruk,” ceritanya. Sambungnya lagi, kes kedua melibatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang telah demam selama 36 jam, masalah pemakanan (poor feeding) dan muntah.
“Dari klinik saya bergegas ke Unit Rawatan Rapi dan kami sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun bayi tersebut meninggal dunia selepas masa 10 minit.
“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia dapat dielakkan dan dapat menyelamatkan nyawa dengan memberikan vaksin,” katanya.
Jelasnya, pemberian vaksin pneu- mokokal bukan sahaja memberikan perlindungan kepada kanak-kanak, malah turut melindungi seluruh ahli keluarga kerana kuman tersebut tidak akan disebarkan kepada orang sekeli- ling.
Pemberian vaksin pneumokokal itu mampu mengurangkan penyakit tersebut kepada 99 peratus bagi mereka yang mengambilnya dan menunjukkan penurunan 60 peratus terhadap mereka yang berusia 50 tahun ke atas tanpa mengambil vaksin tersebut.
“Mengenai menjadikan vaksin ini sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), kita telah meng- utarakan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2005 lagi dan ia mengambil masa sedikit,” katanya.

Sejajar dengan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung penyakit pneumokokal, Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan sokongan ASAP, Pitter Patter, parenting2u.com dan SJ Echo melancarkan sebuah laman web baharu iaitu www.abc4pneumococcal. com baru-baru ini. Laman tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit pneu- mokokal dan menekankan hakikat bahawa penyakit itu boleh dicegah menerusi pemvaksinan. Sempena Hari Pneumonia Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 12 November lalu, pelancaran laman web tersebut diadakan sebagai lanjutan Kempen Sasarkan Liputan Lebih Luas (ABC) yang dilancarkan bulan Jun lalu. Ia menyeru ibu bapa dan individu yang memperjuangkan matlamat sama untuk menyokong seruan bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malay- sia dilindungi daripada penyakit pneu- mokokal menerusi vaksinasi. Laman web www.abc4pneumococ- cal.com mengandungi pelbagai maklu- mat tentang segala perkara yang berkaitan dengan penyakit itu, sekali gus ibu bapa boleh melindungi anak mereka daripada jangkitan. Kempen itu turut menggalakkan ibu bapa untuk menandatangani ikrar sokongan dalam menyeru agar pemvaksinan dimasukkan sebagai Program Imunisasi Kebangsaan.
Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organi- sasi Meningitis (CoMO), Bruce Lan- goulant memberitahu, penyakit pneu- mokokal perlu diambil perhatian.


“Saya merupakan seorang bapa kepada seorang anak yang pernah menghidap penyakit pneumokokal. Semasa berusia enam bulan, anak perempuan saya, Ashleigh menghidap penyakit pneumokokal yang menyebabkan meningitis. “Ia menyebabkan anak saya pekak sepenuhnya, sawan dan kurang upaya dari segi intelektual. Saya merupakan salah seorang daripada ribuan ibu bapa dan keluarga yang mengalami kesan penyakit yang mengancam nyawa ini,” luahnya.


Perjuangan ibu
Beberapa ibu bapa yang hadir pada majlis pelancaran tersebut turut berpeluang melontarkan pandangan serta berkongsi pengalaman. Pengalaman yang dikongsi oleh Zura Baharudin, 29, amat menyentuh hati pe- nulis dan membuatkan hadirin sebak. “Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan yang baru sahaja keluar hospital Jun lalu kerana penya- kit pneumokokal meningitis. “Pada mulanya saya tidak tahu ia adalah pneumokokal kerana hanya menyangka anak saya mengalami demam biasa. Tetapi selepas dia muntah-muntah tanpa henti, tidak kenal saya seba- gai ibunya, saya terus bergegas ke hos- pital. Anak saya dimasukkan ke ICU selama lima hari,” ceritanya menahan sebak. Zura amat sedih melihat keadaan anaknya. Lebih terkilan apabila menyedari keadaan tersebut tidak sepa- tutnya berlaku jika dia memberikan vaksin pneumokokal kepada anaknya. “Syukur, kini anak saya berusia 16 bulan kembali sihat dan dia membesar seperti kanak-kanak lain. Sejak keja- dian itu, saya lebih memahami apa itu pneumokokal dan mula menyebarluaskan mesej mengenainya melalui blog saya, Facebook dan memberitahu kepada rakan-rakan saya betapa pentingnya mengambil vaksin pneu- mokokal ini,” katanya.
Sebelum ini Zura pernah mendengar mengenai pneumokokal, namun dia enggan memberikan vaksin tersebut kepada anaknya. “Ketika melihat anak saya terlantar di hospital, saya ingatkan saya akan kehilangannya selama-lamanya. “Saya tidak mahu ibu bapa di luar sana membuat kesilapan sama yang saya lakukan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat,” ujarnya

Sumber : Kosmo


Me : Memang ambil untuk Naylie dan harga suntikan pneumokokal ni boleh tahan jugak harganya. Sekali suntikan di Puteri Specialist Hospital mencecah RM300. Demi kesihatan anak, tutup mata je la bayar sebab bila fikir-fikir kalo anak sakit, kitorang jugak yang susah kena ambil cuti jaga anak. Duit boleh cari, nak shopping pun bleh tahan-tahan dulu. Tapi kalo anak sakit, sangat rasa susah hati. So better mencegah daripada merawat. So far Alhamdulillah Naylie jarang sakit kecuali masa admit bulan 9 tu sebab cirit-birit. Lain-lain, just alergik pada makanan laut macam sotong dan udang (nurun mummy la neh). So bleh makan ayam dan ikan jek. Masa pertukaran daripada susu badan ke susu formula pun ada jugak sakit-sakit. Lepas tu Alhamdulillah dah ok. Bak kata daddy Naylie, ''Sangat energetik anakmu nih, malam-malam pun cergas main itu ini"

Friday, November 4, 2011

Baby shop in JB


Baby shop kat JB ni memang sangat limited x macam KL. Kalo setakat nak beli baju tu, makcik pegi je pasaraya cam Jusco, UO & Butik Anakku. Tapi kalo nak beli barang cam bottle warmer ke, breastpump accessory ke cam spectra or other brand tu memang kena cari kedai yang specialise jual barang baby. So far makcik just jumpe 2 bijik je kedai baby kat area Jb ni.







Banyak jugak barang-barang dak kecik dibeli kat sini. Antaranya, baby cot, bottle warmer, bottle sterilizer and bumble bee bottle. Keperluan untuk breastfeeding boleh dikatakan lengkap dan ada diskaun. Bagi husband and wife yang kali pertama mendapat baby macam kami, memang selalu la menapak ke kedai ni. Nak beli itu la ini la.






Pon best jugak kalo nak shopping baby stuff. Macam-macam ada. Especially mainan budak-budak. Barang dak kecik yang dibeli di sini adalah baby walker. Harga pun reasonable dan ada diskaun.

Thursday, November 3, 2011

Berakhir sudah Hui Jia De You Huo

Dari kiri - Ai Li, Hung Shi Xian, Lin Pin Ru, xtau sape haha dan last skali Gao Wen Yen




Layan cite ni since bulan 8/2011...dan berakhir 26/10/2011. Hampir 2 bulan melayan cite ni dari kul 6ptg - 7 ptg. Cite baru yang replace cite ni seb baek x best sangat kalo x, harusla melekat lagi layan drama cina ni.




Sinopsis - Lin Pin Ru anak sebuah keluarga yang sederhana telah berkahwin dengan Hung Shi Xian selama 5 tahun tanpa dikurniakan anak. Sepanjang 5 tahun Lin Pin Ru pernah keguguran akibat terjatuh semasa ingin menyelamatkan ibu mertuanya, Bai Feng dari dikasari perompak. Apabila Lin Pin Ru mengandung kali ke2, suaminya Hung Shi Xian bermain kayu tiga dengan bekas kekasihnya semasa belajar di Perancis, Ai Li. Ai Li kembali menggoda Hung Shi Xian kerana telah melahirkan anak luar nikah bersama Hung Shi Xian iaitu Shang En 5 tahun lalu namun dirahsiakan daripada pengetahuan Hung Shi Xian.



Apabila Hung Shi Xian tahu mengenai kewujudan Shang En, Shi Xian mula rapat dengan Ai Li dan ingin bercerai dengan Lin Pin Ru. Pada satu hari Shi Xian mengajak Lin Pin Ru berjumpa dan meminta Pin Ru menggugurkan kandungannya. Namun Lin Pin Ru enggan. Semasa berjumpa di jambatan di pantai, dengan tidak sengaja Pin Ru terjatuh ke dalam air dan lemas. Shi Xian cuba menyelamatkan tetapi gagal. Shi Xian ingin mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan Pin Ru namun dihalang oleh Ai Li. Ai Li adalah anak angkat kepada keluarga Pin Ru. Ibu bapanya telah meninggal dunia sejak Ai Li berumur 10 tahun. Shi Xian dan Ai Li menyangka Pin Ru telah mati lemas




Lin Pin Ru


Namun begitu, Lin Pin Ru telah diselamatkan oleh Gao Wen Yen yang sedang mencari adik angkatnya iaitu Gao Shan Shan yang bunuh diri di pantai yang sama. Lin Pin Ru telah diberi peluang kedua oleh ibu angkat Gao Wen Yen untuk meneruskan hidup atas identiti Gao Shan Shan dan mula menjalankan strategi untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya, Hung Shi Xian. Nak tau kesudahannya, kena la menonton sendiri cite ni baru la feel..hehe :-)



Gao Wen Yen dan Lin Pin Ru




Lin Yi De, Hung Bao Lian, Lin Pin Ru & Gao Wen Yen